Lalamove Bekerjasama Dengan ICMS Untuk Menawarkan Kursus Kemahiran Percuma Kepada Rakan Pemandu
KUALA LUMPUR – Lalamove, sebuah platform penghantaran on-demand, berbangga untuk berkongsi inisiatif terkini untuk meningkatkan kemahiran rakan pemandu mereka dengan menawarkan kursus akademik percuma dengan International College of Sports and Management (ICMS).
Rakan pemandu Lalamove dijemput untuk menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ICMS. Tenaga pengajar ICMS yang berbakat dan professional bakal menawarkan ilmu yang merangkumi pelbagai skil, termasuk kursus Khidmat Pelanggan, Pemasaran Digital, Teknologi Asas dan banyak lagi. Semua peserta akan menerima sijil profesional di hujung kursus, sebuah bonus yang pasti akan memberi manfaat kepada rakan pemandu Lalamove.
Rakan pemandu Lalamove dijemput untuk menyertai kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh ICMS. Tenaga pengajar ICMS yang berbakat dan professional bakal menawarkan ilmu yang merangkumi pelbagai skil, termasuk kursus Khidmat Pelanggan, Pemasaran Digital, Teknologi Asas dan banyak lagi. Semua peserta akan menerima sijil profesional di hujung kursus, sebuah bonus yang pasti akan memberi manfaat kepada rakan pemandu Lalamove.
Kerjasama ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kemahiran kendiri para pekerja ekonomi gig, seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahimdalam Bajet 2024, yang fokus kepada tema “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat.” Turut hadir untuk merasmikan inisiatif ini pada 17 Oktober 2023 adalah Pengarah Urusan ICMS Dato’ Swaminathan S. Mahalingam dan Ketua Eksekutif ICMS Dr. Sivakumar Perthebandan serta Pengarah Urusan Lalamove Malaysia Jane Teh dan pasukan Operasi Pemandu Lalamove Malaysia.
Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, menekankan bahawa Lalamove berdedikasi untuk memperkasakan rakan pemandu dengan menawarkan faedah kemahiran, yang selaras dengan misi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja gig. Beliau berkata, “Dalam dunia moden yang berpandukan teknologi, kami percaya bahawa peluang meningkatkan kemahiran yang kami tawarkan kepada rakan pemandu kami boleh menjadi tunjang mobiliti sosial, membuka peluang kepada lebih banyak peluang pekerjaan. Di sinilah kerjasama kami dengan International College of Management and Sports (ICMS) dapat melengkapkan misi kami di Lalamove.”
Setiap kursus terhad kepada 50 rakan pemandu Lalamove berumur antara 18 hingga 40 tahun dengan tahap pendidikan PMR/PT3 atau SPM ke bawah. Kursus pertama yang ditawarkan oleh ICMS akan bertumpu untuk meningkatkan skil Khidmat Pelanggan. Kursus yang akan berlangsung selama lima hari akan diadakan di bangunan International College of Management and Sports (ICMS) di Petaling Jaya. Selain daripada menambah skil kemahiran rakan pemandu, Lalamove juga menawarkan peluang kepada pelajar ICMS untuk menjana pendapatan tambahan sebagai rakan pemandu di bawah sebuah inisiatif yang dinamakan “Ber-Lala Bersama ICMS”.
Tanpa meninggalkan dunia akademik mereka, para pelajar ICMS berpeluang untuk menjana pendapatan mengikut keupayaan mereka sendiri. Para pelajar jurusan Diploma Pentadbiran Perniagaan boleh mendaftar sebagai rakan pemandu Lalamove dan menerima sebuah Motosikal Modernas Kriss percuma.
Dato’ Swaminathan S. Mahalingam, Pengarah Urusan ICMS, menekankan bahawa kerjasama strategik tempoh panjang dengan Lalamove ini membina ekosistem yang bermanfaat kepada pelajar ICMS. “Kami berharap para pelajar kami akan menimba ilmu dan skil yang diperlukan semasa bekerja sambil meneruskan pelajaran. Ini dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka setelah mereka tamat belajar. Kami ingin memastikan pendidikan dan pekerjaan seiring dalam matlamat pelajar.”
Dengan memberi sokongan penuh kepada komitmen kerajaan untuk meningkatkan kemahiran pekerja gig, Lalamove menjemput individu yang berminat untuk meningkatkan kemahiran sambil menjana pendapatan sampingan bersama Lalamove dan ICMS untuk menyertai inisiatif penuh bermanfaat ini.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini dan faedah lain yang ditawarkan kepada rakan pemandu Lalamove, sila layari laman rasmi Program Ganjaran Rakan Pemandu Lalamove.
Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2013, Lalamove adalah platform penghantaran on-demand yang lahir dengan tujuan untuk memperkasakan komuniti dengan penghantaran yang pantas, mudah dengan harga berpatutan. Dengan hanya satu klik, individu, perniagaan kecil dan korporat dapat mengakses flit penghantaran pelbagai jenis kenderaan yang dikendalikan oleh rakan penghantar professional. Dikuasai oleh teknologi, kami menghubungkan pelanggan, kenderaan, kargo, dan jalan raya dengan lancar, memfasilitasi penghantaran barang penting dan memberikan manfaat kepada komuniti tempatan di 11 pasaran di seluruh Asia dan Amerika Latin. Lalamove memulakan perkhidmatannya di pasaran Malaysia pada tahun 2018.
Jasmine wong
jasmine.wong@lalamove.com
This content was prepared by our news partner, VRITIMES. The opinions and the content published on this page are the author’s own and do not necessarily reflect the views of Siam News Network